Assalamualaikum. Cinta kepada Rasulullah SAW membawa ke syurga. Mencintai Baginda SAW perlu mengatasi dan mendahului segala sesuatu kerana adalah perintah dan syarat bagi mendapatkan cinta Allah SWT. Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, sabda Baginda, "Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya ." (HR al-Darimi). pada 31 Januari 2013, bersamaan dengan 19 Rabiulawal 1434 Hijrah, Sambutan Maulidurasul Peringkat Sekolah telah dilaksanakan, Bertemakan, Watiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, Sabutan di mulakan dengan perarakan, dan di akhiri dengan pertandingan Bercerita, Hafazan, Tilawah, dan Nasyid.
No comments:
Post a Comment