Pada 26 Disember 2012 yang lepas, satu mesyuarat guru buat kali pertama telah diadakan di Bilik Mesyuarat Rafflesia Sekolah Kebangsaan Sri Bemban. Mesyuarat berkenaan adalah bertujuan untuk merealisasikan VISI, MISI, dan memantapkan lagi tugas pendidik SK Sri Bemban dalam profesion perguruan. Pelbagai maklumat yang terkini telah di jelaskan oleh Puan Hajjah Mariani selaku Guru Besar Sri Bemban. Di antaranya adalah, Melindungi Msa Instruksional, Kemahiran Pemikiran Aras Tinggi (HOTs) dalam PdP, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan lain-lain lagi. Selain itu juga, Mesyuarat Guru kali Pertama ini turut membincangkan refleksi 2012 dan perancangan bagi tahun 2013. Semoga mesyuarat kali ini akan dapat mengukuhkan lagi pengurusan dan pentadbiran sekolah. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment